Biarpun telah bergelar seorang Doktor, namun semangat menuntut ilmu bagi memperluaskan ruang lingkup pemikiran tetap tinggi. Kekal merendah hati dan tidak kekok hadir seminar Dr. Roket, Dr. Norzilla begitu menghargai peluang memperluaskan jaringan ilmu bersama Dr. Roket tidak lama dahulu. Ikuti perkongsian pengalaman berharga beliau ini:
“Alhamdulillahi ‘ala kulli hal. Selesai sudah hari pertama seminar Dr. Roket, Rocket Intensive Class 2 (RIC 2). MashaAllah tabarakallah Allah sebaik-baik perancang bersyukur saya berpeluang hadir dan menuntut ilmu bersama Dr. Roket.
Mengapa saya berada di sini hari ini dan diizinkan berjumpa dengan Dr. Roket? Kerana Allah Ta’ala tahu saya perlukan semua yang diajar hari ini untuk menjadi seorang yang lebih berkefahaman tentang selok belok perjalanan seorang pelajar Master PhD.
Demi Allah Ta’ala, saya berasa syukur sangat-sangat kerana masih belum habis menulis tesis lagi. Pasti anda berasa terkejut kan seolah-olah belum siap tesis satu pencapaian? Ya, memang saya berasa syukur sangat, kerana jikalau saya sudah habis menulis tesis mungkin saya tidak akan berada disini. Bahagia rasanya dapat masuk didalam group Sahabat Till Jannah ini. Bersama guru yang sentiasa menaikkan semangat dan motivasi untuk terus mencari ilmu dan merancang masa depan dengan sebaik mungkin, ini suatu anugerah buat saya.
Ya saya memang juga seorang Supervisor kepada pelajar Master PhD pada masa yang sama, namun saya bukanlah seorang yang menekankan tentang strategi ‘kehidupan’, matlamat hidup di dunia yang ramai Supervisor mungkin terlepas pandang selama ini. Saya hanya mementingkan penyeliaan terhadap akademik pelajar semata-mata, mengambil kira aspek keseimbangan kendiri pelajar juga penting sebenarnya.
Daripada cerita tentang bab pemakanan seimbang, penjagaan kesihatan, perancangan masa depan selepas bergelar Dr. akademik, misi kehidupan di dunia dan akhirat, rekod peningkatan, perkara yang membantutkan penulisan tesis, strategi melajukan penulisan sebanyak 10 kali ganda semuanya dibincangkan. Sungguh detail dan perkaitan yang rapat dengan pelajar Master PhD. Tabik!
Saya sangat tabik kepada Dr. Roket dan tim, tabik kepada semua geng platinum Dr. Roket. Anda semua memang hebat kerana melalui proses yang berkesan ini. Kita kembalikan puji-pujian kepada Allah swt sebaik-baik perancang yang telah mempertemukan kita semua.
Bermula jam 8.50 pagi hingga 7.00 malam kelas bersama mentor yang begitu berdedikasi, bukan main-main tahap komitmen dan fokus Platinum semua. Tenaga yang sentiasa tinggi bertenaga. Kelas yang sentiasa ceria, kami sentiasa menanti apa lagi yang Dr. Roket mahu kongsikan. Subhanallah… Nikmat manakah yang kita nafikan.
Semoga Allah merahmati Dr. Roket dan tim serta semua peserta seminar ini. Kami sentiasa menghargai ilmu yang dicurahkan oleh mentor yang sangat kami hormati ini. “
Dr. Norzilla telah merasai sendiri keistimewaan mempelajari teknik pengurusan kehidupan dan Master PhD sekali gus, yang bagi pendapat beliau begitu detail dan seimbang. Anda juga berpeluang merasainya dengan menyertai Seminar Virtual Nak Ubah Tesis, pada Disember ini, hanya klik disini http://t.me/drroket .