fbpx Skip to main content
search
0

Kita tidak mampu menjadi cemerlang sesuatu perkara, sekiranya hanya berada di takuk yang sama. Begitu juga didalam pengajian, bagaimana hendak cemerlang sekiranya kita hanya menuruti arus tanpa mengkaji keberkesananya. Puan Salina Abdul Manan berkongsi kelainan langkah beliau hingga beliau lebih yakin kini untuk berjaya. Ikuti pengalaman beliau ini:

“Syukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT kerana saya menjadi insan yang terpilih dalam menjadi salah seorang pelajar kepada Dr. Roket. Terima kasih kepada sahabat platinum Shah Rol FS yang sentiasa memberi semangat dan dorongan untuk saya sertai platinum dan proses Dr. Roket.

Terima kasih kepada Ustazah Sahlawati Abu Bakar dan Puan Wan Nur Hidayah Ibrahim yang telah menjadi sumber inspirasi saya untuk terus menghantar borang platinum. Perkongsian dua insan ini pada NUT ke-2 teman pada 30-31 Ogos 2020 telah menjadi push factor. Bak kata Ustazah, “saya yang mengajar research method pun tidak mampu siapkan tesis PhD dengan baik. Kena dengan saya sebab baru rasa tersentak dengan kata-kata ustazah yang saya ini yang suam-suam kuku dengan Research Methodologi bagaimana pula?

Terima kasih kepada Tuan Asrul, Tuan Amierul, Tuan Najwan, Cik Bunga, dan Cik Annisa yang sentiasa ada sepanjang sesi Hari Orientasi kami. Semoga jasa kalian semua Allah SWT berikan kedudukan baik di sisi-Nya.

Terima kasih kepada 124 insan luar biasa group Platinum 5.2 yang sangat hebat dan mantap. Terima kasih keapda class rap kami Puan Nur Shahirah Yahya yang sentiasa pantas dalam group dan membantu sepanjang kumpulan ini wujud. Terima kasih jua kepada Puan Diela Ismail yang berkongsi ilmu dan faktor penolak untuk teman buat draf.

Terima kasih Puan Nournie Hamzah yang sentiasa kemas kini saya untuk info-info penting dalam group. Terima kasih Puan Azila Alias yang sentiasa berkongsi link dengan saya. Terima kasih adik manis Ros Izanie Ismail kerana group platinum 5.2 kita bertemu dan menjadi teman baik. Semoga kita dapat bertemu di UKM ya.

Semalam merupakan hari terakhir Platinum 5.1 dan 5.2 menyertai Hari Orientasi selama 14 hari. Fasa 1: 17- 23 Oktober 2020 dan Fasa 2: 24-30 Oktober.

Fasa 1 dimulai dengan pengenalan kepada semua template TDR dan diberikan penerangan yang jelas bagaimana ia digunakan dan apa yang perlu di isi. Fasa 2 adalah tontonan video Zoom Coaching bersama Platinum yang merupakan ilmu advance kepada semua platinum Batch 5. Fasa-fasa ini memberikan banyak formula, kenali cabaran dan solusi platinum lain.

Ilmu ini sangat istimewa kerana geng platinum 1,2,3, dan 4 tidak pernah dapat. Dr. Roket sentiasa berterima kasih kasih kepada geng Platinum 1, 2 dan 3 yang telah menjadi penyokong kuat buat Dr. Roket dalam upgrade proses yang betul sepajang perjalanan PhD walaupun ada yang meninggalkan group.

Terlalu istimewa geng Platinum Batch 5 ini kerana telah diberikan ilmu yang banyak dalam Hari Orientasi. Bak kata Dr. Roket masuk universiti pun ada Hari Orientasi ini kan pula nak masuk proses Dr. Roket selama 6 bulan.

Cetusan idea untuk adakan Hari Orientasi ini adalah hasil  daripada feedback Senior Platinum terdahulu. Seperti yang diperkatakan oleh Dr. Nur Ashikin Marzuki, Hari Orientasi ini sangat bagus dan bermanfaat yang mana memberikan persediaan mental lebih awal kepada semua platinum sebelum melangkah terus dalam dunia baru iaitu proses yang betul.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim jadikan aku dan semua platinum Dr. Roket insan yang hebat disisi-Mu dan sentiasa habis PhD dengan GBBT, GBT dan GOT agar kami dapat menyumbang kepada ummah.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim berikan kesihatan yang baik dan minda yang sentiasa cerdas kepada Guru Murobbi Ummah kami Dr. Roket, dan Puan Mardiana Bt Mat Ishak atas usaha dan niat yang ikhlas dalam membimbing dan membantu kami menjadi insan yang luar biasa. Peliharalah keluarga Guru kami.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim berikanlah kesihatan yang baik kepada semua tim 2M World Snd Bhd kerana sentiasa berkerja keras untuk menjadikan kami insan luar biasa.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim limpahkan rezeki yang luar biasa buat 2M World dan seluruh warganya agar dapat bertemu-Mu di padang mahsyar nanti dengan catatan amalan dari tangan kanan yang luar biasa dan menuju syurga-Mu. Saya sudah menjadi pelajar Dr. Roket secara rasminya, Alhamdulillah.”

Begitulah sungguh besar kesyukuran sekiranya kita berjaya menemui peluang yang tepat. Hikmah diperkenalkan oleh sahabat perjuangan, kini Puan Salina Abdul Manan lebih yakin melangkah ke hadapan mengejar impian bergelar Doktor Akademik. Anda juga boleh, mulakan langkah pertama anda dengan menyertai Seminar Nak Ubah Tesis Disember ini, klik disini: http://t.me/drroket

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x