fbpx Skip to main content
search
0

Sumber foto: Google

5 Sebab Utama Kenapa Ahli Politik, Pemimpin Negara dan YB Perlu Sambung Master PhD

Adakah perlu para pemimpin negara, ahli politik, YB dan sebagainya menyambung pengajian mereka sehingga ke peringkat tertinggi Master PhD?

Anda jangan rasa ilmu formal ini tidak penting. Contoh paling mudah, anda rasa beza tak (diri kita) kalau level pendidikan kita antara belajar antara Tadika vs Sekolah Rendah? Sekolah Rendah vs Sekolah Menengah?

Itu analogi perbezaan mudah untuk kita faham tentang “Level of Education”.

Baik, saya kongsikan 5 sebab utama Ahli Politik, YB, Pemimpin dan seumpamanya tentang keperluan untuk sambung ke peringkat yang lebih tinggi.

1. Peningkatan Kebolehan Berfikir dan Analitikal

Sebenarnya Pengajian lanjutan ni dapat membantu mereka mengasah kemampuan berfikir kritis dan analitikal, yang penting dalam membuat keputusan politik yang tepat. Mereka bukan sahaja akan terdedah dengan ilmu teori universiti, malah ilmu lapangan.

Bukankah ini akan meningkatkan lagi kredibilit dan cara fikir dua sudut pandang yang boleh digarap untuk mencari solusi kepada rakyat dan negara?

2. Peningkatan Pengiktirafan

Jika anda hanya melihat sambung Master PhD ini sekadar untuk mendapat segulung ijazah dan untuk “dipandang”, maaf itu cara fikir yang salah!

Sijil tidak memberi apa-apa makna pun. Ia berbalik kepada penguasaan terhadap ilmu dalam point 1 tadi. Jika dibuat dengan cara yang betul. Tidak lagi akan timbul, sambung Master PhD pun "macam cakap tin kosong".

Ya betul, Ijazah peringkat tinggi boleh memberikan pengiktirafan dan kredibiliti yang lebih besar, membantu ahli politik mendapatkan sokongan lebih kuat dari pengundi dan rakan sejawat.

Bayangkan jika aspek kredibiliti dari sudut tahap pendidikan, digabungkan dengan kepetahan bicara, skill kepimpinan, berjiwa rakyat, akhlak/ attitude yang bagus, bukankah ini akan meningkatkan lagi kualiti diri mereka?

3. Pengetahuan Mendalam dalam Bidang Khusus

Pengajian lanjutan membolehkan mereka mengkhususkan diri dalam bidang tertentu seperti ekonomi, undang-undang, atau hubungan antarabangsa, memberikan kepakaran yang lebih mendalam. Seperti yang saya sebutkan tadi, Ilmu Lapangan digabung bersama Ilmu Teori (Akademik).

4. Hubungan dan Rangkaian Kenalan

Di universiti, mereka dapat membina rangkaian hubungan yang luas dengan individu dari latar belakang yang berbeza, termasuk ahli akademik dan pelajar lain, latar belakang kerjaya dan sebagainya yang boleh membantu dalam kerja politik mereka. Ini pasti akan meningkatkan lagi kualiti diri mereka sebagai ahli politik, pemimpin negara mahupun YB yang mempunyai Master dan PhD.

Mereka mempunyai horizon cara fikir yang berbeza dan pelbagai. Mereka tidak bercakap dalam “kempompong” dan sentimen kepartian. Sebaliknya untuk masyarakat keseluruhannya dan boleh memahami apa keperluan dan kehendak rakyat secara tidak langsung kesan dari pergaulan yang pelbagai tadi.

5. Penyelidikan dan Polisi yang Lebih Baik

Pengajian lanjutan membolehkan mereka melakukan penyelidikan mendalam tentang isu-isu politik dan sosial yang relevan, membantu mereka merancang dasar yang lebih baik dan berwibawa. Ketika bergelar pelajar Master PhD, sebenarnya otak mereka sedang diasah.

Otak dan diri akan diasah dengan ilmu yang luas, skill kepimpinan, skill pengucapan awam dan pelbagai skill lagi yang diperlukan oleh seorang pemimpin masyarakat.

Namun, perlu diingat bahawa melanjutkan pengajian juga memerlukan masa dan sumber yang signifikan, dan keputusan ini perlu diseimbangkan dengan tuntutan dan tanggungjawab politik mereka.

Buat anak muda yang bakal atau sedang dilatih oleh mana-mana kepimpinan parti untuk menjadi wakil rakyat mereka; Readykan diri sekarang dengan meningkatkan level of education anda. Jangan kata tidak penting dan tiada nilai. Jika dibuat dengan cara yang betul, pasti kualiti diri anda akan berbeza!

Sila sambung belajar sebelum menjadi terkenal. Bila sudah glamour dan sibuk, akan ada cabaran susah untuk sambung belajar pula. Antara perasaan Ego dan Malu juga akan timbul. Akhirnya kita masih berada dengan ilmu & cara fikir yang sama.

Sumber foto: Dr. Abdul Muein Abadi (Pensyarah UKM)

Itulah 5 sebab utama ahli politik, pemimpin negara dan YB perlu sambung Master PhD. Wallahu’alam dan selamat mengundi semua!

Anda belum bermula atau baru nak sambung Master PhD? Dapatkan FREE Online Training di sini:

Nabila Suhaimi

Content Writer Dr Roket

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x