Rancangan dimulakan dengan video perjalanan Steve Job yang bermula daripda dibuang oleh syarikat sendiri tetapi tidak berputus asa dengan meneruskan juga jenama Apple dan sehingga kini masih menjadi jenama yang orang nanti-nantikan setiap keluaran produknya.
Perjalanan video Steve Job, Dato Sri Anwar Ibrahim semasa mengambil master, lagu semerah padi dan video peninju terkenal Muhammad Ali memberi gambaran bahawa kita perlu habiskan apa yang kita dah mulakan. Jangan pernah berputus asa dengan perkara yang anda minati.
Episod kalini Dr Roket berkongsi 2 perkara yang menjadi sebab pelajar Master&Phd akan “meninggal” sepanjang PKP. Jangan terkejut dengan perkataan meninggal tersebut, ianya hanyalah ungkapan yang membawa maksud akan merosakkan perjalanan tesis pelajar master dan PhD. 2 perkara ini akan memberi kesan negatif dalam menyiapkan tesis mereka.
LEMAU. Apakah LEMAU ini? Lemau ini adalah penyakit dimana para pelajar akan sentiasa merungut, memberi alasan dan tidak aktif ataupun dalam erti kata lain tidak melakukan apa-apa aktiviti. Tanda-tanda LEMAU ini akan membawa kepada perkara kedua iaitu menjadikan para pelajar master dan PhD ini LEMAH.
LEMAU dan LEMAH ini akan menukar habit pelajar menjadi seseorang yang suka memberi alasan. “Mereka menyalahgunakan maksud InsyaAllah”, ujar Dr Roket. Apa yang disampaikan oleh Dr Roket ini adalah sesetengah muslim Melayu di Malaysia ini menggunakan perkataan InsyaAllah sebagai lessen rasmi untuk mereka mungkir janji. “Bila nak siap draf 1, bila ak jumpa sv?” Persoalan tersebut pasti dijawab dengan InsyaAllah tetapi akhirnya mereka memungkirinya.
“InsyaAllah membawa maksud kesungguhan untuk melakukan sesuatu dengan izin Tuhan”, kata Dr Roket. Beliau menjelaskan sepatutnya gunakan perkataan InsyaAllah untuk perjalanan Master dan Phd yang memberi makna positif, makna serius,makna komitmen dan makna fokus. “Lemau dan lemah akan berlaku apabila kita tidak memahami maksud sebenar InsyaAllah” Dr Roket menambah.
Dr Roket mengakhiri episode Morning Doc kalini dengan menyatakan “InsyaAllah” adalah ubat sebenar kepada penyakit LEMAU dan LEMAH. Morning Doc boleh disaksikan pada setiap isnin hingga ahad pada setiap 7:45 pagi di laman facebook Dr Roket,
Pastikan anda menjemput kenalan untuk menyertai seminar NUT dan dapatkan peluang mendapatkan TIKET PROMOSI ini dengan melayari » https://drroket.com/seminar-nak-ubah-tesis-nut/