Skip to main content

Puan Shuhaida Hanim Mohamad Suhane,  pelajar PhD berasal dari Kota Bharu Kelantan. Beliau merupakan seorang pensyarah di Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA), Kuala Terengganu dan kini menetap di Kuala Terengganu. Penghijrahan demi penghijrahan beliau lakukan demi tuntutan didalam bidang ilmu.

Seperti pelajar Master PhD di luar sana, beliau turut tidak terlepas menghadapi sedikit sebanyak cabaran didalam pengajian PhDnya. Tesis PhD beliau pernah meninggal atau terbiar selama dua tahun, walaupun selepas tamat cuti belajar beliau masih tidak nampak jalan untuk menggerakkan tesisnya.

Kesukaran ini secara tidak langsung memberi kesan kepada kesihatan beliau pada ketika itu, sehingga beliau hampir trauma untuk melihat tesis. Syukur faktor ‘keinginan’ beliau yang tinggi untuk menamatkan pengajian PhD sepenuh jiwa dan raga, Allah Ta’ala telah pertemukan dengan Dr. Roket.

“Alhamdulillah dengan Dr. Roket, saya belajar bagaimana untuk tingkatkan tahap ‘nak’ saya. Lama kelamaan Allah membukakan jalan demi jalan, dan saya dapat kunci kepada setiap permasalahan saya”, ujar Puan Shuhaida dalam sesi Live Roket Mega Result Ramadhan, baru- baru ini.

Beliau sertai seminar Nak Ubah Tesis (NUT) pada Disember 2019, namun bukan secara sepenuh hati kerana ketika itu beliau hanya berfikir cara untuk selamatkan tesisnya. Ini kerana, beliau masih tidak nampak cara untuk meningkatkan tesis, biarpun telah berkorban banyak masa, wang ringgit dan tenaga.

Beliau sertai Platinum tidak lama kemudian setelah menyelesaikan tugasan yang diberikan.

“Alhamdulillah apabila dijemput menjadi Platinum dan ketika Zoom pertama bersama Dr. Roket, Allah Ta’ala berikan kunci kepada jalan yang tertutup sebelum ini, fikiran yang terhalang sebelum ini dan hilang rasa takut”.

Ibarat sebuah kejutan elektrik, Dr. Roket berjaya menghidupkan semula nyawa tesisnya.

Walaupun semasa tempoh PKP terdapat limitasi untuk beliau bergerak ke Kuliyyah, namun beliau berjaya menggerakkan pelbagai tugasan sebaiknya asbab tindakan-tindakan betul bersama Platinum Dr. Roket. Beliau akui energy para Platinum memberikan momentum yang luar biasa kepada beliau.

Kebakaran terbuka oleh para Platinum, secara tidak langsung telah membakar semangat beliau untuk mencontohi kejayaan mereka hari demi hari. Syukur beliau berjaya menyiapkan deraf tesis yang kelima kini sebanyak 963 muka surat, setelah sekian lama tiada perubahan.

Beliau bersyukur kerana berada didalam proses Dr. Roket, dan yang paling menyeronokkan beliau dapat berada didalam circle group positive Dr. Roket. Dr. Roket telah menunjukkan beliau cara membesarkan kehidupan, melalui aspek yang komprehensif meliputi kehidupan dan pengajian.

“Selain daripada pengurusan tesis, kami dapat pengurusan life daripada sudut fizikal, spiritual dan emosi. Kami juga mempelajari cara menguruskan momentum, dan semua proses Dr. Roket akan berikan keseimbangan dalam kehidupan kita. Tesis itu kecil sebenarnya, cuma kita perlu berikan masa kepada yang hak”.

“Mudah-mudahan semua sahabat Platinum, Dr. Roket, Dr. Mardiana dan tim 2M World, Allah bukakan jalan kebaikkan, dan moga Allah Ta’ala dan Rasulullah SAW pandang setiap tindakan kita semua”, ucapan beliau menghargai peluang berada bersama Platinum Dr. Roket.

Leave a Reply