Skip to main content

Bersempena NUT yang sedang berlangsung kini, kami mahu imbas semula kenangan dan kongsikan maklum balas positif daripada Platinum Premier yang Dr. Roket terima tidak berapa lama dahulu.  Perkongsian impak hadir Nak Ubah Tesis (NUT) ini, khas buat anda peserta NUT 2021!

.

“Subhanallah, terima kasih Dr. Roket. Saya bersyukur yang tidak terhingga kerana diberikan peluang untuk menjadi sebahagian besar daripada keluarga Platinum (lagi istimewa daripada Special Group, sebut sahaja nama platinum pasti berasa kagum dan WOW!).

 

Terima kasih kerana sudi berkongsi kisah sejarah perjalanan Dr. Roket didalam mewujudkan Platinum. Pengajaran yang saya dapat ialah:

 

It’s a process. Siapa bersabar, dan belajar daripada proses, sentiasa improvised diri, upgrade dan raise standard, in shaa Allah berjaya. Jangan berputus asa!

 

Sememangnya saya perolehi banyak impak daripada Dr. Roket walaupun baru sahaja sertai NUT Merdeka tempoh hari:

 

  1. Saya dulu hangat-hangat tahi ayam bak kata orang, lebih-lebih lagi apabila sentuh mengenai bab exercise. Rupa-rupanya banyak biawak yang telah saya ternak. Terutamanya selalu beralasan hendak siapkan diri, tiada kasut yang sesuailah dan pelbagai alasan saya berikan. Bahasa mudahnya – Saya malas hendak keluar rumah untuk beriadah. Tetapi sekarang apabila tidak keluar untuk brisk walking, rasa lemau sahaja badan.

 

  1. Kalau dulu sememangnya sudah terbiasa mendahulukan satu tangan sahaja, buat kerja-kerja seperti gosok gigi dan, cerita guna tangan satu lagi mmg almost impossible. Tetapi kini saya sudah boleh gosok gigi menggunakan kedua-dua belah tangan. Dan barulah saya faham mengapa Islam suruh masuk rumah menggunakan kaki kanan, dan keluar menggunakan kaki kiri. Ikat tali kasut juga kalau dulu saya dahulukan kaki kanan, kali ni saya tukar.

 

  1. Saya semakin kerap melaksanakan sujud syukur. Malah anak-anak pun sudah terikut-ikut. Apabila saya terima sahaja berita menggembirakan, saya terus sujud. Kesannya, saya menjadi lebih bertenaga.

 

  1. Corak pemikiran saya pun sudah semakin berubah ke arah yang lebih positif.

 

  1. Kalau sebelum ini saya tidak tahu bagaimana hendak bercakap dengan penyelia, Alhamdulillah sekarang saya pula dapat adrenaline rush kerana penyelia sering memberikan tunjuk ajar, artikel dan video yang berkaitan.

 

  1. Hubungan dengan ibubapa menjadi sangat-sangat baik alhamdulillah. Selama ini memang saya mendoakan, tetapi sekadar menelefon atau menghantar khidmat pesanan ringkas seminggu sekali sahaja. Tetapi sekarang ini tiap-tiap hari berhubung. Sehingga sekiranya ada satu hari saya terlambat message asbab habis bateri, ibu sudah mula risau dan bertanya kepada adik 😭😭

 

  1. Draft pertama masih dalam proses asbab pagesnya walaupun sudah cukup (melalui info dari penyelia), tetapi doc suruh saya follow senior & contact CRMP. Surprisingly saya tidak meraung tertonggeng kali ini. Sebaliknya saya cabar diri. “

Ini antara input-input terbaik dan impak-impak positif salah seorang peserta NUT sebelum ini. Subhanallah, walaupun hanya beberapa hari sahaja menyertai seminar Dr. Roket, namun hasilnya telah berjaya mengubah 360 darjah kehidupan bangsa Posgrad. Ketahui pelbagai pengalaman menarik dan menginspirasikan bangsa Posgrad bersama Dr. Roket disini >> http://t.me/drroket

Leave a Reply